Friday 21 December 2012

Yamaha XJ6 (M) - The New Highway Star



Road Safety Shirt 
Client : Yamaha XJ6


Sebuah kelab motosikal berkuasa tinggi yang kian aktif dengan
pelbagai aktiviti luar. Keutamaan adalah santai sambil mematuhi
undang-undang jalanraya kerana penunggang motosikal berkuasa
tinggi bukanlahpelesit bukanlah mat rempit.

Oleh demikian, keselamatan amatlah diutamakan, 'Jalanraya Milik 
Kita Bersama' bermakna setiap kita bertanggungjawab ke atas diri
dan semua pengguna jalanraya.

Selamat Menunggang!

Putra Banjaran FC (by Pinto Coffee)


Enviromental Shirt
Client : Pinto Coffee, Tana Rimba, Janda Baik, Bentong, Pahang

Bagi mempromosikan daya tarikan setempat, sebuah cafe eksklusif
di Janda Baik juga tidak melepaskan peluang dengan menaja jersi
untuk sebuah pasukan bola sepak tempatan.




JayBee's = Janda Baeeek

Enviromental Shirt
Client : Janda Baik, Bentong, Pahang
Dulu orang JB adalah Johor Bharu. JB siottt...tapi sekarang JB
juga dimiliki oleh Janda Baik. hihihi
Kaki pancing, berkelah, panjat gunung, berbulan madu, berbasikal
dan macam-macamlah.

Jadi baju ni khas untuk resorts & chalets atau apa saja kedai
yang akan mempromosi Janda Baik. Khusus bagi pencinta keindahan
alam ciptaan ALLAH

Friday 2 November 2012

JCS new flash UPDATES!!!


Bismillah

JCS new flash UPDATES!
We are now one step ahead-alhamdulillah-at your
service to provide the supply of custom made shirts
(with/without printing).

Delivering your high quality shirts-insyaALLAH-
according to your budget. Contact us for further
details as we are more than happy to assist you.

Barakallahu feekum

Friday 13 July 2012

JCS - Anti Syi'ah



Kitalah pencinta ahlul bait sejati kerana cinta kita bukan cinta
kosmetik yang sarat emosi fakta yang berdusta semata. Kita juga
tidak sekali-kali akan menolak sebahagian, melaknat & mengkafirkan
para shahabat kekasih kita, Muhammad Shallallahu 'Alaihi wa Sallam.
Tidak akan memfitnah isteri baginda yang mereka adalah ibu-ibu bagi
kaum Mukminin sebagai wanita lacur. Dan semacam banyak lagi
pesongan yang ada yang kita berlepas diri daripadanya.

Tatkala kita maklum ini bukan isu lokal tapi isu global. Bukan masalah
furu' tapi masalah ushul. Yang bukan kecil anak ancamannya. Relakah
kita melihat negeri ini tergadai ke tangan badut-badut yang
berserban, berjubah dan berjanggut itu?

Sayugia, tak kenal maka tak cinta. Sebaliknya ke atas mereka,
berganda kebenciannya bila semakin dikenal. Alang berani mesti
mengaji kerna Malaysia bukan Iran!



Konsep Rekabentuk
Peta negara Iran menjadi contoh sebagai kiblat bagi firqah tersebut.
Juga disertakan ushul-ushul aqidah mereka supaya dapat dikenal
bahayanya mereka. Tagline gaya bahasa Melayu klasik dengan
dwi-bahasa sebagai mesej utamanya. Bayangan simbol pangkah juga
diadakan sebagai tanda menyelisihi mereka.

Deskripsi
 Material : Carbon Fibre (Custom Made)
Warna : Biru Laut
Harga : RM42/USD28 (termasuk penghantaran)
Tawaran : Tempahan pukal dengan harga istimewa pada
kadar minimum 50 helai
Sila SMS/email tempahan ke (60)199793233 / jenggoodcs@yahoo.com

JCS - Proud To Be Muslim


Singa yang mengembek? Tidak sepatutnya hambatan kerjaya, alunan
muzik, tarikan hobi dan sukan yang melalaikan kita kemudiannya
menyangka dengan ia kita bersatu.

Kita adalah di antara umat yang banyak mendiami bumi ini. Sejarah
mengkhabarkan betapa bapa dan datuk kita dahulunya adalah satu
bangsa yang gah dalam bermacam-macam lapangan. Tanpa mengira
bangsa, bahasa, warna kulit maupun budaya setempat. Kita berjaya,
maju bertamadun kerana agama.



Konsep Rekabentuk
Warna hijau mewakili warna tumbuh-tumbuhan segar disertai logo
bulan-bintang yang menjadi simbol mushalla bahkan huruf-huruf Jawi
pun kami arabkan.


Deskripsi

Material : Cotton (Oren Sport)
Warna : Hitam / Putih
Harga : RM35/USD26 (termasuk penghantaran)
Tawaran : Tempahan pukal dengan harga istimewa pada
kadar minimum 50 helai
Sila SMS/email tempahan ke (60)199793233 / jenggoodcs@yahoo.com



JCS - Straighten Our Shaff


Satu hati...berkasih-sayang dalam ukhwah Islamiah. Rapat dan
luruskanlah shaf shalat kita. Inilah lambang perpaduan kita,
syiar kepada dunia betapa berdisiplinnya kaum Muslimin berserta
ketaatan kepada imam mereka.




Konsep Rekabentuk
Adaptasi daripada hadits-hadits bekenaan keutamaan shaf shalat
yakni keutamaan memeliharanya.




Deskripsi
Material : Cotton (Oren Sport)
Warna : Hitam / Putih
Harga : RM35/USD26 (termasuk penghantaran)
Tawaran : Tempahan pukal dengan harga istimewa pada
                  kadar minimum 50 helai.

Sila SMS/email tempahan ke (60)199793233 / jenggoodcs@yahoo.com

JCS - Sunnah Beard


Mahkota kelakian yang kian pupus ditelan fesyen-fesyen fasad
terkini. Menyedihkan apabila pemiliknya dituduh sebagai pengganas
tetapi tidak pula bagi sang penuduh waima sebagian mereka turut
memilikinya. Lebih parah apabila sukar dibedakan antara lelaki
dengan wanita pada dunia hari ini hatta saling melindungi untuk
menegakkan pilihan masing-masing.





Konsep Rekabentuk
Lenggok sarat garisan simbolik kepada ikal janggut mahkota
si lelaki. Dari jauh kelihatan seolah ia sebagian janggut
si pemakai. War-warkan kepada manusia sunnah yang terasing ini.

Deskripsi
Material : Microfibre Cool Fit (Oren Sport)
Warna : Hitam / Putih
Harga : RM35/USD26 (termasuk penghantaran)
Tawaran : Tempahan pukal dengan harga istimewa pada
                   kadar minimum 50 helai

Sila SMS/email tempahan ke (60)199793233 / jenggoodcs@yahoo.com